le Mudah Berpantang

Vivix Percuma!

Vivix Percuma!
Get FREE Membership!

Saturday, 4 August 2018

Tips Hilangkan Kejang Kaki Ketika Hamil

Tips Hilangkan Kejang Kaki Ketika Hamil





Kejang kaki ketika hamil 
adalah masalah yang sering berlaku buat ibu hamil, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. 


sumber : babycenter 

Admin sendiri juga sering mengalami kejang kaki ketika hamil . Biasanya berlaku pada waktu malam. Bila terjaga rasa keras kejung betis , tak boleh nak gerak . Bila kena waktu malam , memang sakit nya tu di sini ohoooo! biasanya esok nya memang mc terus. siap sms boss .



Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?


Mujurlah kejang kaki ketika hamil adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:

Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
Urut otot yang kejang itu.
Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanakah saya boleh mengelakkan Kejang Kaki Ketika Hamil?


Sesetengah pakar mengaitkan kejang kaki ketika hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam mineral. Ada pendapat yang mengatakan Zat nutrien seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu meredakan kejang kaki ketika hamil.

Dalam rangkaian produk Shaklee , Anda boleh mencuba Ostematrix iaitu vitamin yang diperkaya dengan Garam Mineral seperti Kalsium,Magnesium , Fosforus dan beberapa lagi mineral penting untuk otot dan tulang.




Saya kongsikan bersama testimoni ibu-ibu yang pernah mengambil ostematrix ketika bersalin .
Jom kita baca apa kata mereka :)





Anda berminat untuk mendapatkan Shaklee Ostematrix untuk kesihatan ibu hamil . Boleh terus whatsapp admin seperti no di bawah .
Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak .

www.wasap.my/60102755586
Your Trusted Shaklee Distributor
Puan Mai Iskandar
IG @Mommykemai


Tuesday, 29 September 2015

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
Sebaik baiknya ibu selepas bersalin boleh elakkan  benda yang sejuk untuk elak demam dan badan jadi tak selesa or sakit urat . 
Resepi ini boleh diamalkan bukan sahaja utk ibu selepas bersalin malah sesiapa sahaja yang mengalami operation / pembedahan atau pon ibu yang mengalami keguguran. 
Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE
Kredit kepada sumber asal : FB senang hamil 

Sunday, 6 September 2015

Keistimewaan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan YES PACK


Set YES PACK + COMPLIMENTARY FREE VITALEA SAH DARI 1 SEPTMEBER ~30SEPTEMBER 2015 !


September ialah bulan PALING ISTIMEWA buat para Ibu Hamil Ibu menyusu dan Ibu berpantang!

Jadi bagi ibu yang sedang membuat persediaan untuk menyambut baby baru dalam keluarga, anda boleh la mengambil peluang beli set suplemen set postnatal atau set prenatal ini yang lebih menjimatkan dan dapat hadiah free vitalea pula . 

Ini kerana Shaklee menawarkan YES PACK KHAS yang MURAH 5% DISKAUN + COMPLIMENTARY VITALEA !

1) SET PRENATAL

Atau

2) SET POSTNATAL.

Kami mengalu alukan anda membeli secara online direct dari pihak Syarikat Shaklee Malaysia.
Klik butang "Order Now" di bawah untuk pembelian secara online.



Hubungi kami sekiranya anda ingin mendaftar Jadi Ahli untuk menikmati 

EXTRA 15%~20% DISKAUN dari Harga Runcit! 

SMS/WA / TELEGRAM +6010-2755586





Sunday, 30 August 2015

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex


Nutrisi Anugerah Alam

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis.
Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan  magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
  • Alfalfa daripada sumber semula jadi
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu
Alfalfa. Sumber semula jadi pigmen klorofil, vitamin dan mineral surih. Segalanya tersedia di dalam Alfalfa Complex.
KKLIU: 2601/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ostematrix

OsteMatrix™



Formula Komprehensif, Mudah Ditelan


Kod Produk:10128 (120 caplets)
Lindungi tulang anda dengan OsteMatrixTM, padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain
untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membentuk tulang dan gigi yang kuat
4 kaplet OsteMatrixTM membekalkan:
  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium
Kaplet Bersalut yang Mudah Ditelan
Syor pengambilan harian ialah empat kaplet sahaja. Untuk kesan terbaik, ambil dua kaplet dua kali sehari bersama makanan.
KKLIU: 2600/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 29 August 2015

Zinc Complex

Zinc Complex


Perangsang Metabolisme Semula jadi

Kod Produk:11009 (120 tablet)


Zink merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Ia memainkan peranan dalam tindak balas enzim dan terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta menguatkan ketahanan imun tubuh.

Ia juga penting untuk sintesis protein dan bahan genetik DNA.
Satu tablet memenuhi 100% Nilai Harian bagi zink
Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang.
Dengan formula berasaskan sayur-sayuran

KKLIU: 2603/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sumber : Shaklee Malaysia

Nak order terus dengan Shaklee, Klik "Order Now"di bawah!!!
Atau SMS/WhatApp kami: 010-2755586 (Mai)



Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea® Iron Formula


Multivitamin dan Multimineral
Kod Produk:10131 (120 tablet)

Kepelbagaian Khasiat


Vita-Lea®, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan harian Vita-Lea®

  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas

KKLIU: 2599/2014

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order terus dengan Shaklee, Klik "Order Now"di bawah!!!
Atau SMS/WhatApp kami: 010-2755586 (Mai)