Vivix Percuma!

Vivix Percuma!
Get FREE Membership!

Tuesday, 29 September 2015

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
Sebaik baiknya ibu selepas bersalin boleh elakkan  benda yang sejuk untuk elak demam dan badan jadi tak selesa or sakit urat . 
Resepi ini boleh diamalkan bukan sahaja utk ibu selepas bersalin malah sesiapa sahaja yang mengalami operation / pembedahan atau pon ibu yang mengalami keguguran. 
Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE
Kredit kepada sumber asal : FB senang hamil 

Sunday, 6 September 2015

Keistimewaan Daftar Jadi Ahli Shaklee Dengan YES PACK


Set YES PACK + COMPLIMENTARY FREE VITALEA SAH DARI 1 SEPTMEBER ~30SEPTEMBER 2015 !


September ialah bulan PALING ISTIMEWA buat para Ibu Hamil Ibu menyusu dan Ibu berpantang!

Jadi bagi ibu yang sedang membuat persediaan untuk menyambut baby baru dalam keluarga, anda boleh la mengambil peluang beli set suplemen set postnatal atau set prenatal ini yang lebih menjimatkan dan dapat hadiah free vitalea pula . 

Ini kerana Shaklee menawarkan YES PACK KHAS yang MURAH 5% DISKAUN + COMPLIMENTARY VITALEA !

1) SET PRENATAL

Atau

2) SET POSTNATAL.

Kami mengalu alukan anda membeli secara online direct dari pihak Syarikat Shaklee Malaysia.
Klik butang "Order Now" di bawah untuk pembelian secara online.



Hubungi kami sekiranya anda ingin mendaftar Jadi Ahli untuk menikmati 

EXTRA 15%~20% DISKAUN dari Harga Runcit! 

SMS/WA / TELEGRAM +6010-2755586





Sunday, 30 August 2015

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex


Nutrisi Anugerah Alam

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis.
Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan  magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
  • Alfalfa daripada sumber semula jadi
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu
Alfalfa. Sumber semula jadi pigmen klorofil, vitamin dan mineral surih. Segalanya tersedia di dalam Alfalfa Complex.
KKLIU: 2601/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ostematrix

OsteMatrix™



Formula Komprehensif, Mudah Ditelan


Kod Produk:10128 (120 caplets)
Lindungi tulang anda dengan OsteMatrixTM, padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain
untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membentuk tulang dan gigi yang kuat
4 kaplet OsteMatrixTM membekalkan:
  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium
Kaplet Bersalut yang Mudah Ditelan
Syor pengambilan harian ialah empat kaplet sahaja. Untuk kesan terbaik, ambil dua kaplet dua kali sehari bersama makanan.
KKLIU: 2600/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 29 August 2015

Zinc Complex

Zinc Complex


Perangsang Metabolisme Semula jadi

Kod Produk:11009 (120 tablet)


Zink merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Ia memainkan peranan dalam tindak balas enzim dan terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta menguatkan ketahanan imun tubuh.

Ia juga penting untuk sintesis protein dan bahan genetik DNA.
Satu tablet memenuhi 100% Nilai Harian bagi zink
Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang.
Dengan formula berasaskan sayur-sayuran

KKLIU: 2603/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sumber : Shaklee Malaysia

Nak order terus dengan Shaklee, Klik "Order Now"di bawah!!!
Atau SMS/WhatApp kami: 010-2755586 (Mai)



Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea® Iron Formula


Multivitamin dan Multimineral
Kod Produk:10131 (120 tablet)

Kepelbagaian Khasiat


Vita-Lea®, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan harian Vita-Lea®

  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas

KKLIU: 2599/2014

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order terus dengan Shaklee, Klik "Order Now"di bawah!!!
Atau SMS/WhatApp kami: 010-2755586 (Mai)




B-Complex

B-Complex


Spektrum Penuh Lapan Jenis Vitamin B

Kod Produk:10164 (120 tablet)

Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik


Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada

sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.

B-Complex


Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.

Perbezaan Shaklee

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten


B-Complex dilengkapi sistem pengangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

KKLIU: 2605/2014

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak order terus dengan Shaklee, Klik "Order Now"di bawah!!!
Atau SMS/WhatApp kami: 010-2755586 (Mai)


Sustained Release Vita-C Plus™



Sustained Release Vita-C Plus™


Bekalan Vitamin C Semula Jadi untuk Kesihatan Sepanjang Hari


Kod Produk:10104 (180 tablet)


Shaklee Sustained Release Vita-C PlusTM menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh.


Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.


KKLIU: 2595/2014


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Sumber : Shaklee Malaysia



Nak order terus dengan Shaklee, Klik "Order Now"di bawah!!!
Atau SMS/WhatApp kami: 010-2755586 (Mai)











ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP - Soy Protein Isolate Powder





Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi



Kod Produk:11003 (850g)


ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 
Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung. 
Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Nak order terus dengan Shaklee, Klik "Order Now"di bawah!!! 
Atau SMS/WhatApp kami: 010-2755586 (Mai)





Testimoni ESP Shaklee : Kesan Ketara Kepada Saya

Testimoni ESP Shaklee : Kesan Ketara kepada saya



Saya berkenalan dengan ESP ketika saya terdesak ketika saya mempunyai masalah penyusuan selepas melahirkan anak no 2 iaitu 4 tahun lepas  . Mula mula sekali saya ambil set menyusu basic iaitu Set B ( Alfalfa, bcomplex, vit c dan vitalea) . Selepas hampir sebulan ambil set B memang saya puas hati sangat , susu nampak makin bertambah , dapat buat stok EBM sebelum start kerja . Kemudian bila buat sedikit pembacaan tentang ESP , baru saya repeat order set penyusuan tapi kali ini add on ESP pada bulan berikutnya. Masa mula mula berkenalan, susah nak telan ESP sebab rasa nya tak sedap! dah la tak sedap tadek rasa manis langsung ouchh tawar ! rupa rupanya baru tahu ini lah rasa SOYA ASLI , TIADA BAHAN PEMANIS TAMBAHAN ,TIADA PEWARNA TIRUAN, TIADA PENGAWET TAMBAHAN  , inilah rupanya rasa soya sebenar! Uwekkkkk camtulahh mula mula rasa .
testimoni esp tidak sedap
Tetapi bila tengok kawan-kawan cakap lepas ambil ESP badan lebih bertenaga , kulit jadi cantik, Susu jadi lebih pekat.
Tak sedap pon ku gagahkan jua , minum juga la. pada peringkat permulaan saya minum ESP 1 tin tahan 3 hingga 4 bulan .
Ouhhh lama nyaaa! inilahh terjadi bila tekak kata tak sedap walaupon otak kata Minumlahhh khasiatnya banyak!
Rupa-rupanya tak sedap sebab tak tahu cara mahu bikin sedap .
Bila dah tau cara ,  Satu Tin ESP bertahan sebulan sahaja , Bukan sahaja saya je yang suka minum ESP tapi Encik suami pon sudah pandai bancuh sendiri ! Ouhhmakkkk!
Apa yang Best sangat dengan ESP nih! Hingga jadi FENOMENA ! Bila promosi bu6free1 berlangsung ada yang siap bawa TROLI pergi borong!
nasibbaik tak bawa guni , kang jadi macam perompak pula yer .

Testimoni ESP Shaklee | 7 Kesan Ketara kepada saya selepas konsisten minum ESP:

  • Susu lebih meriah tu bukan lagi omong kosong , mudah nak simpan stok EBM di ofis kerana susu nampak lebih pekat dan banyak.
  • Maklumla saya ni keturunan kulit berwarna cocholate , tetapi bila amal ESP dengan KONSISTEN, kawan-kawan tegur kulit nampak lebih cerah. Melalui pembacaan , saya dapati sebenarnya protin kalau diambil dengan konsisten bantu kulit kita menjadi lebih anjal , menegang sebab itu nampak lebih cerah . bukan setakat nampak di muka atau lengan sahaja. tetapi juga seluruh badan.
  • Mudah Bangun pagi tak rasa letih walaupon sebelah malam berjaga menyusu kan anak dan tidak cukup tidur
  • Badan lebih bertenaga untuk ke tempat kerja , jika saya amalkan ESP di awal pagi sebelum keluar rumah. walau merempuhi kesesakan lalulintas di KL , mood rilex n chill sahaja.
  • terasa body macam lebih berotot, ingatkan gemuk tetapi rupanya Protin bantu tubuh kita jadi lebih Montok bukan mengelebeh . 
  • Perut lebih kenyang , saya jadi tak lapar sangat walaupon meredah kesesakan lalu lintas di pagi hari ke tempat kerja. padahal tak sempat makan breakfast . Hanya satu gelas ESP sebelum keluar rumah membuatkan perut saya kenyang.
  • Kulit anak jadi gebu dan badan anak jadi bam bam chomell.

Kenangan Manis hamil di bulan ramadhan dengan ESP

pregnant dengan espketika pregnant anak no 3 , saya sering amal ESP sebab tak berselera makan nasi .  walaupon terpaksa memandu hampir 70km setiap hari meredah trafik jam. pada bulan  ramadhan pon sempat balik masak juadah berbuka dan dapat berpuasa penuh walaupon sarat mengandung.Tak letih dan rasa sangat bertenaga. Supermom habiss!Resepi ESP paling saya suka di bulan puasa ialah ESP Shake yang diblend dengan buah kurma! Sangat lazat!

        Resepi ESP dan Kurma Shake! Klik Sini 

Nak tahu berapa gram keperluan protein setiap hari diperlukan oleh badan ?klik sini >> Keperluan protin yang perlu anda tahu

Resepi ESP yang Enak buat saya minum hampir setiap hari tanpa rasa bersalah

protein shake kurus
  • ESP + Fresh Milk  (Shake Shake Shake ) paling disukai sebab mudah di sediakan!
  • ESP + Buah kurma ( direndam) + Fresh Milk ( Blend ke semua nya)
  • ESP + Strawberri + Fresh Milk (Blend)
  • ESP + Mango fresh + plain water ( Blend) 
  • ESP + sunquick + Peformance Drink ( Shake shake shake)
banyak lagi resepi ESP yang anda boleh cuba , agar lebih sedap diminum. Be creative! Jangan terlampau rigid sangat ya. Tekak orang lain lain . cuba test dengan diri sendiri yang mana satu resepi yang anda suka.
confirm anda akan rajin minum ESP sebab tak tahan betapa sedapnya ESP sebenarnya .

Disclaimer : Testimoni adalah pengalaman pengguna, Kesan dan Efek mungkin berbeza mengikut individu.

Bagaimana nak dapatkan ESP Shaklee secara online?

Berita baik , anda boleh dapatkan ESP dengan cara pembelian online yang mudah secara terus dari website Shaklee Malaysia .
Klik  butang di bawah.
Pembayaran melalui Kad Debit/ Kad Kredit diterima!
Mahu Beli Online Shaklee ESP Protein Soya Asli Terbaik ? 
KLIK Butang di bawah:




Setiap pembelian dari website ini akan mendapat Konsultasi Percuma dan Tips kesihatan Percuma
secara berterusan. 
Hubungi kami melalui SMS/WA 010-27555586 untuk Konsultasi Percuma tentang cara makan eksklusif dan tips kesihatan yang lain.
COD Area : Giant Seri Kembangan Jusco Taman Equine Seri kembangan , Sekitar Taman Equine / Puncak JalilBandar Putra Permai / LEP / Lestari perdana.

Friday, 28 August 2015

Tanda Tanda Awal Bersalin

Tanda Tanda Awal Bersalin


Mai sendiri sudah mempunyai tiga orang cahaya mata Alhamdulillah . Cuma apa yang Mai nak kongsikan ialah  pengalaman melahirkan 3 anak ini adalah berbeza . 
Termasuklah Tanda tanda yang mai rasai masa nak bersalin pon lain . 

Pengalaman Melahir kan Anak pertama (Faris): 
Memandangkan faris merupakan anak pertama Mai. Jadi ketika mengandung memang mai blur . Banyak juga info info Mai gugel dari internet . Tapi mai lupa nak gugel mengenai tanda awal bersalin . Rugi betul. Biasa gugel tentang keperluan nutrisi dan cara hilangkan alahan sahaja . Maklumla masa tu alahan teruk . 
Jadi bila dah sarat penghujung Trimester ke Tiga, Masa tu ingat lagi hari yang Mai rasa tak sedap badan. Nak solat macam tak selesa sangat kerana kedudukan bayi dan engage kepala dah masuk rongga yang hala ke bawah. 
Nak tidur pon rasa tak selesa . Tak tahu nak mengiring ke mana lagi. Time ni Mai tak boleh tidur , jadi mai keep baca surah maryam . petua orang tua tua nak mudah bersalin banyakkan baca surah Maryam . So Mai follow je . Memang takut sangat first time la katakan. kemudia dalam tengah nak abiska baca surah Maryam tu . Mai rasa nak buang air kecil . Masa tu baru perasan keluar blood spot ( tompokan darah ) di seluar kecil. Tapi Mai tak ceritakan kepada Mak mai . sebab tanak nyusahkan orang tua . Mak Mai dah tertidor pon masa tu dalam pukul 11PM . 

LIHAT VIDEO PROSES KEHAMILAN (KLIK SINI)


Bayangkan bagaimana para ibu yang pertama kali ingin melahirkan anak . sudah pasti terasa gementar dan sudah pasti ingin tahu apa tanda-tanda awal bersalin kan. 
Apabila kita tahu tanda tanda awal bersalin , kita dapat bersiap sedia untuk ke hospital dengan segera. 

Melengah lengahkan ke hospital adalah perkara yang merbahayakan si ibu dan bayi dalam kandungan sekiranya sudah cukup tempoh. 

Melalui pembacaan dan pengalaman Mai sendiri . Hari ini Mai nak kongsikan apa sebenarnya tanda tanda awal bersalin yang sering para ibu alamai ketika hendak bersalin.

Apakah Tanda Tanda Awal Bersalin yang sering para ibu alami?

Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. 

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.

  • Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
  • samada anda pernah bersalin sebelum ini;
  • bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
  • bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu untuk menghubungi doktor anda. 

Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. 

Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:


Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda. 


Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?

Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.

Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk anda bekerja keras nanti.

Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.

Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah masanya untuk menggunakan mesin ini.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan sakit bersalin?

Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka (dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula atau sebaliknya melalui pemeriksaan.

Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan anda mungkin rasa sakit belakang.

Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedah menangani peringkat awal di rumah sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atau urutan untuk melegakan kesakitan.

Bolehkan saya tahu jika saya akan bersalin dalam masa terdekat?


  • Mungkin. Tanda-tanda hendak bersalin termasuk:Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  • Pembuangan najis lebih mudah.

Sumber Asal : babycenter

Wednesday, 26 August 2015

Kepentingan & Manfaat Set Berpantang Shaklee

Kepentingan & Manfaat Set Berpantang Shaklee 


Saya mendapat banyak pertanyaan melalui whatsapp atau pon sms yang bertanyakan tentang Set Berpantang Shaklee untuk diamalkan dalam tempoh berpantang.

Antara soalan paling popular ialah samada Set Berpantang Shaklee ini selamat atau tidak untuk diambil dalam tempon pantang , dan ada yang kuatiri ia menganggu penyusuan . 

Entry kali ini diharap dapat menjawab persoalan para ibu bapa tentang Set Berpantang Shaklee yang makin menjadi permintaan hangat di kalangan ibu berpantang.


Apa yang dimakan oleh ibu ketika dalam pantang adalah sumber utama ke arah aspek kesihatan .Ini kerana makanan yang diambil oleh ibu inilah yang bakal mengembalikan kesihatan si ibu.
Ibu selepas bersalin kebiasaannya mengalami ketidakseimbangan hormon dalam badan dan mengalami pendarahan yang banyak .
Oleh itu pemakanan dalam pantang sangat penting untuk mengembalikan tahap hormon yang stabil dan meningkatkan formulasi darah merah yang baik.
Ibu berpantang memerlukan tenaga tambahan sebanyak 500 kalori yang perlu diambil melalui pemakanan yang seimbang.
Ini bermakna mereka memerlukan 2000~2500 kalori dalam sehari.

Namun begitu, kebanyakan ibu dalam pantang sering mengalami kekurangan zat makanan kerana mengikuti amalan berpantang yang tidak seimbang.
Tambahan lagi kaum ibu tidak cukup rehat dan tidur kerana terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi mereka. Malah ada yang mengalami "selera makanterbantut" kerana merasakan tubuh masih lemah dan ada yang luka bersalin masih belum pulih.

Menurut Dr Zubaidi iaitu Pegawai Perubatan Senior dari Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd ,  beliau berkata tahap zink yang rendah dalam darah semasa dalam tempoh pantang boleh menyebabkan si ibu mengalami "post natal depression" (meroyan).

Nutrisi lain juga tidak kurang pentingnya. Sebagai contoh zat besi dan Vitamin B sangat penting bagi pembentukan sel darah merah. Semasa ibu melahirkan anak , banyak darah keluar dan perlu diganti semula. Zat Besi dan Vitamin B sangat diperlukan dalam jumlah yang banyak untuk penghasilan sel darah merah yang baru.

Selain itu , zat mineral seperti Kalsium & Magnesium juga banyak digunakan ketika proses melahirkan bayi. Kedua dua zat mineral ini digunakan ketika pengecutan rahim bagi mengeluarkan bayi. Oleh itu kandungan kalsium dan magnesium dalam darah menjadi berkurang . Makin lama ibu berada dalam labour room makin banyak la kalsium dan magnesium berkurang. Maka dalam tempoh berpantang inilah, para ibu harus mengambil langkah segera dengan mengembalikan kembali kehilangan kalsium dan magnesium.

Sekiranya ke dua zat mineral ini masih berkurang , otot rahim akan mengecut lagi dan boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak selepas proses kelahiran.

Oleh itu kami menyarankan ibu ibu yang baru melahirkan perlu mengambil suplemen yang sesuai untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan mereka.

Amalan pemakanan sihat seperti pengambilan protin seperti daging , susu , ikan , kekacang , sayur sayuran dan keju memberi sumber protin dan mineral yang banyak. Namun begitu sekiranya ibu ibu mengalami rasa loya dan tidak berselera makan atau mengikuti diet berpantang yang tidak seimbang , saya mencadangkan ibu-ibu mengambil suplemen tambahan seperti Set Berpantang Shaklee untuk memenuhi keperluan tubuh mereka.

SET BERPANTANG SHAKLEE kini sangat popular kerana menjadi pilihan ibu-ibu moden di dalam pantang. Set Berpantang ini bukan sahaja membaikpulih dalaman si ibu, malah memberikan tenaga, membantu di dalam penyusuan, tidak menyebabkan jaundice, dan memenuhi keperluan badan si ibu secara menyeluruh.
SET BERPANTANG SHAKLEE  Menjadi pilihan ramai kerana:
  • 100% HALAL
  • 100% dari SUMBER SEMULAJADI
  • Selamat untuk Ibu & Bayi yang menyusu
  • Paling Istimewa ialah Harga Mampu Milik dan Tahan Hingga 4 Bulan

Set Berpantang Shaklee ( Set Asas)


Kebaikan Set Berpantang Shaklee untuk pemulihan ibu berpantang

Vita-Lea:
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel.Ia juga PENTING untuk formulasi darah buat ibu ibu yang banyak kehilangan darah ketika bersalin.
B-Complex:
Penting bagi urat saraf, menukarkan makanan kepada tenaga (bantu turunkan berat badan!), memberi tenaga pada si ibu, menenangkan saraf, mengelakkan stress, serta membantu ibu sentiasa berfikir positif. Bila ibu gembira, penghasilan susu ibu lebih mudah, kan?
Vita-C:
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.
Namun, ramai juga ibu-ibu yang memilih untuk menambah 2 lagi suplemen untuk memberi EXTRA tenaga di dalam pantang, selain menyokong nutrisi penyusuan (MILK BOOSTER):
Zinc Complex : Bantu baik pulih luka dalaman dan luaran (Ikan haruan dipercayai mempunyai kadar zat zink yang tinggi),bantu mengurangkan masalah keguguran rambut akibat ketidakstabilan hormon si ibu selepas bersalin.zink dipercayai dapat mestabilkan hormon selepas bersalin.

OsteMatrix:
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak. Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period. OsteMatrix juga menjadi milk booster bagi ibu2/ bayi yang allergy dnegan Alfalfa!Ia juga membantu ibu mudah LAWAS elak sembelit ketika dalam pantang!
Energizing Soy Protein (ESP):
Seperti namanya - ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Kalau lapar-lapar tue, sebagai alternatif kepada makanan ringan, boleh laa minum segelas ESP. Manakala, untuk bayi, anda akan dapati berat badan bayi bertambah dengan kadar yang memberansangkan, penuh muscle gitu.



Setelah berat badan naik ketika hamil , sudah tentu kaum ibu ingin kembali langsing seperti bentuk badan sebelum hamil kan. Jadi untuk menyingkirkan lemak2 & kolesterol2 degil, boleh lah add-on Lecithin. Lecithin untuk pecahkan lemak2 & kolesterol2, manakala Alfalfa (sumber serat) akan serap & angkut keluar 'sampah sarap' ini keluar dari badan. Penting untuk minum banyak air kosong kerana kedua2 vitamin (Alfalfa & Lecithin) ini perlukan air yang banyak. 
Nampak banyak kan? Tapi, harga yang kami tawarkan ialah harga mampu milik buat semua orang dan sangat berbaloi untuk kegunaan 4 bulan!

Testimoni Ibu Yang Mengamalkan Set Berpantang Shaklee


Puan Arnie : Alhamdulillah berat dah turun 11kg! lagi 2kg dapatlah berat SEBELUM kahwin! Supply melebihi demand! Of course 100% Set Bersalin Shaklee sahaja!Makan nasi 3 x sehari dapat kembali ke berat asal dalam masa 2 minggu!


Puan Siti : Alhamdulillah saya baru abis pantang tanpa sebarang jamu cuma makan set berpantang shaklee! Nekad ambil shaklee sahaja, syukur alhamdulilah saya lebih bertenaga sebab terpaksa bangun banyak kali sebab nak susukan 2 anak dan kena tukar lampin banyak kali pada waktu malam. 





* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.

Berapa harga kesemua pakej lengkap di dalam Set Bersalin Shaklee ?

Option #1 Set Asas : RM268.75
Option #2 Set Asas + Penyusuan : RM479.75
Option #3 Pakej Lengkap Set Asas + Penyusuan + Slimming : RM586.00

Anda juga boleh mendapatkan penjimatan berganda dan cash rebates jika mendaftar menjadi Ahli Shaklee.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tentang produk shaklee atau pon untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee.
Maizatul
Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia
✆ WhatsApp : +6010-2755586 (Mai)

♦ Dapatkan produk Shaklee secara "walk-in" di mana-mana Branch Shaklee berdekatan anda menggunakan ID 820868 (Maizatul Asma)
Penghantaran melalui Poslaju/Gdex ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak .